Essays24.com - Term Papers and Free Essays
Search

Tamadun Islam

Essay by   •  March 8, 2011  •  1,898 Words (8 Pages)  •  2,415 Views

Essay Preview: Tamadun Islam

Report this essay
Page 1 of 8

Definisi Tamadun

Daripada catatan Kamus Dewan, tamadun diertikan sebagai:

1. Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain- lain) yang tinggi, peradaban.

2. Negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta

perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain) yang tinggi, peradaban.

3. Budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban.

Sebagai kesimpulan, tamadun bermaksud peradaban,kemajuan sama ada dari segi kebendaan mahupun kerohanian, kebudayaan, keilmuan, pergaulan, pendidikan, teknologi, akhlak dan sopan santun.

ASAL-USUL PERKATAAN "TAMADUN"

Istilah tamadun yang digunakan oleh bahasa melayu ialah perkataan yang berasal daripada bahasa Arab. Daripada sudut makna atau semantik, "tamadun" adalah kata terbitan yang berakar umbi daripada kata kerja "maddana" yang bererti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran.

Dari segi sejarah, kajian tentang tamadun telah diperkenalkan buat kali pertama pada kurun ke-14M oleh Ibn Khaldun didalam bukunya Ð''Al-Muqadimmah Li Kitab Al-Ð''Ibar'. Beliau menggunakan perkataan Ð''umran' sebagai merujuk kepada tamadun yang kita fahami sekarang. Di dalam bahasa Arab, terdapat empat istilah yang pernah digunakan untuk membincangkan tentang konsep pembangunan , kemajuan dan pencapaian manusia. Istilah-istilah tersebut ialah :

1. Ð''Umran - Umran berasal daripada perkataan bahasa Arab `imr yang bermaksud Ð''bangunan' dan perkataan `umr yg bererti Ð''memanjangkan umur' yg menggambarkan bagaimana manusia mengembangkan hidup. Prof. Franz Rosenthal pula menterjemahkannya ke dalam Bahasa Inggeris sebagai perbandaran (urbanization) dan tamadun (civilization).

2. Hadharah Ð'- Hadharah pula berasal dpd perkataan "khudhur" bererti Ð''yg hadir'. hadarah" ini boleh diertikan sebagai sebuah masyarakat yg menetap di bandar berasaskan suatu sistem politik, agama dan sosio-politik yg mantap. Masyarakat itu juga moden dan maju dalam bidang pemikiran, pendidikan, perekonomian, perdagangan, pembuatan, pertanian, pentadbiran serta menghormati peraturan dan berkomunikasi berdasarkan tata susila yg tinggiyang. Hadharah dalam istilah Arab moden pula diterjemahkan oleh Prof. G. E. Von Grunebaum sebagai Ð''civilization'.

3. Madaniyyah- Istilah ini yg diambil daripada akar kata "Madinah" yg merujuk kpd negara Islam pertama diasaskan oleh Rosulullah s.a.w. Sarjana Islam Al-Farabi telah menggambarkan "madaniyyah" ini sebagai pencapaian umat Islam di kota berasaskan wahyu iaitu Aqidah, Shariah dan Akhlaq

4. Tamadun Ð'- Tamadun pula bermaksud peradaban, yakni keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesebuah bangsa dan masyarakat.

Daripada perspektif Islam, takrif yang dikemukakan melalui madaniyyah, umran hadarah dan tamadun meskipun masing-masing agak berbeza, tetapi sebenarnya menemui titik persamaan daripada segi konsep tamadun, iaitu meletakkan unsur agama yang berpaksi kepada akidah, syariah dan akhlak sebagai asas dan dasar dalam pembinaan dan perkembangan tamadun.

Ciri-Ciri Am Tamadun

Menurut buku Ð''Two Lectures is Islamic Civilization' karangan M.A.J Beg, sesebuah masyarakat yang bertamadun mempunyai ciri-ciri asas yang berikut :

1. Wujud penempatan masyarakat manusia di kawasan tertentu (Kota, bandar,

kepolisan)

2. Peningkatan kualiti kehidupan dan jangka hayat.

3. Wujud sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, pentadbiran,

ekonomi dan pendidikan yang sempurna.

4. Muncul satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dgn satu sistem tulisan

tersendiri utk berkomunikasi.

5. Wujud sistem perundangan dan sistem nilai/moral yang berkuatkuasa.

6. Peningkatan daya reka cipta dlm bidang teknologi dan pembinaan.

7. Perkembangan daya kreativiti dalam bidang falsafah, kesenian, kesusteraan dan

nilai estetika yg tersendiri.

Pengenalan kepada Tamadun Islam

Tamadun Islam dibina atas dua asas utama. Yang pertama ialah aqidah atau kepercayaan kepada Allah. Ini memberinya satu identiti dan asas moral serta falsafahnya. Umat Islam menggunakan sumber-sumber khusus seperti Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w, dan sumber-sumber umum seperti persetujuan atau permuafakatan ulama (ijma), Ð''qiyas', Ð''istislah' (maslahat umum) dan Ð''istihsan'. Di samping itu, sumber lain datang daripada manifestasi sumber-sumber tersebut seperti sistem pentadbiran, ilmu sains yang menjadi sumber rujukan kepada tamadun lain dan juga budaya dan kesenian yang unik umpamanya seni tulisan khat, senibina, nasyid dan qasidah. Ini semuanya menggambarkan bahawa Islam tidak membataskan semua kegiatan ini selagi ianya selaras dengan prinsip Islam.

Asas kedua ialah menghargai ilmu atau budaya iqra. Kedua-dua asas ini mencorak ciri-ciri tamadun Islam yang jelasnya menunjukkan nilai-nilai konsisten, terbuka, rationalisme, kefahaman mengenai isu-isu semasa dan bersikap fleksibel, menghormati alam tabii dan usaha-usaha ke arah kecemerlangan.

Definisi Tamadun Islam

Tamadun Islam bermaksud suatu bentuk kehidupan yang mempunyai peradaban, kebudayaan dan kemajuan. Kemajuan menurut perspektif Islam adalah dalam bentuk yang seimbang di antara kemajuan material, intelektual dan Ð''spiritual' (kerohanian)

Tamadun islam berasaskan kepada penghayatan islam sebagai suatu cara hidup yang lengkap, yakni merangkumi perkara-perkara yang berikut :

1. Kemajuan material pembangunan.

2. Kemajuan intelektual perkembangan ilmu pengetahuan

...

...

Download as:   txt (14.7 Kb)   pdf (166.5 Kb)   docx (15.5 Kb)  
Continue for 7 more pages »
Only available on Essays24.com
Citation Generator

(2011, 03). Tamadun Islam. Essays24.com. Retrieved 03, 2011, from https://www.essays24.com/essay/Tamadun-Islam/33126.html

"Tamadun Islam" Essays24.com. 03 2011. 2011. 03 2011 <https://www.essays24.com/essay/Tamadun-Islam/33126.html>.

"Tamadun Islam." Essays24.com. Essays24.com, 03 2011. Web. 03 2011. <https://www.essays24.com/essay/Tamadun-Islam/33126.html>.

"Tamadun Islam." Essays24.com. 03, 2011. Accessed 03, 2011. https://www.essays24.com/essay/Tamadun-Islam/33126.html.