Miscellaneous / Nike Information System Case Studies

Nike Information System Case Studies

This essay Nike Information System Case Studies is available for you on Essays24.com! Search Term Papers, College Essay Examples and Free Essays on Essays24.com - full papers database.

Autor:  anton  27 May 2011
Tags:  Information,  System,  Studies
Words: 2587   |   Pages: 11
Views: 1113

PENGENALAN

Berdasarkan statistic oleh konsultan Avanade yang berasal dari UK, 40 peratus organisasi di UK mengalami kegagalan di dalam projek sistem maklumat yang dijalankan oleh organisasi masing masing. Statistic ini diamil berdasarkan laporan dan data yang dirujuk dari tahun 2004 В– 2006

"A hefty 40 per cent of businesses experienced project failure between 2004 and 2006" (Kelly, 2007).

Dalam tugasan ini, saya memilih syarikat NIKE.Inc yang mengalami masalah dengan perisian "supply chain planner" yang telah dihasilkan oleh i2 Technologies.Inc.

LATAR BELAKANG NIKE.Inc

NIKE bermula dengan nama Blue Ribbon Sports (BRS). Phil Knight iaitu seorang atlit olaraga dan juga jurulatihnya Bill Bowerman adalah pengasas NIKE yang berasal dari Universiti Oregon di Amerika Syarikat pada Januari 1964. Pada permulaan, BRS adalah pengedar kasut bagi pengeluar kasut dari Jepun bernama Onitsuka Tiger. Rekabentuk kasut yang pertama ialah berdasarkan kepada Bowerman's "Waffle"

BRS membuka kedai yang pertama di Pico Blvd di Santa Monica, California pada tahun 1971. BRS bersedia untuk melancarkan produk mereka tersendiri kerana mereka sedar bahawa kontrak BRS dengan Onitsuka Tiger sudah hamper di penghujungnya. Produk ini diberi nama "Swoosh"

Pada Februari 1972, BRS telah memperkenalkan produk kasut NIKE yang pertama. Nama NIKE dipetik melalui dewa wanita Greek. Pada tahun 1978, BRS. Inc menukar nama syarikat mereka kepada NIKE . Inc

NIKE telah mencapai jumlah pasaran 50% bagi pasaran kasut untuk kegunaan olaraga di Amerika Syarikat pada tahun 1980. Kejayaan dalam pertumbuhan organisasi ini bukan berdasarkan kepada iklan-iklan dan kempen-kempen melalui media akan tetapi ia berdasarkan kepada strategi pengiklanan secara word-of-foot." Ini bermaksud, proses pengiklanan tersebut dilakukan oleh pengguna yang memakai kasut tersebut di mana orang awam dapat melihat produk itu sendiri.

NIKE kini mempunya lebih dari 500 lokasi seluruh dunia dan pejabat di sebanyak 45 negara. Kebanyakkan kilang pengeluaran produk NIKE berada di negara-negara Asia seperti China, Taiwan, India, Thailan, Vietnam, Pakistan, Philippines, Sinan, Malaysia dan juga Repulik Korea.

KEGAGALAN PROJEK SISTEM MAKLUMAT NIKE.Inc

Pihak Nike.Inc mempersalahkan penjual aplikasi "supply chain planning" yang telah dihasilkan oleh i2 Technologies.Inc. Dalam kenyataan yang dibuat oleh pihak Nike, organisasi mereka telah mengeluarkan sejumlah kuantiti yang besar bagi kasut dan jumlah kuantiti yang kecil bagi produk yang lain. Applikasi tersebut tidak memberi fungsi yang diharapkan oleh pihak NIKE.

Pihak i2 Technologies. Inc pula menyalahkan pihak NIKE kerana tidak melaksanakan proses implementasi yang teratur dan sistematik. Ini kerana aplikasi tersebut perlu dimuatkan ke dalam sistem mereka pada masa yang bersesuain kerana aplikasi tersebut adalah sebahagian daripada projek SAP dan juga ERP. Pihak i2 Technologies. Inc juga menyatakan bahawa Nike.Inc masih mengunakan sistem mereka yang lama. Pengubahsuaian terhadap aplikasi tersebut perlu dibuat agar aplikasi tersebut dapat diintegrasikan dengan sistem Nike yang lama.

FAKTOR-FAKTOR KEGAGALAN DALAM PROJEK SISTEM MAKLUMAT

Projek sistem maklumat bukanlah suatu projek mudah untuk dilaksanakan. Keputusan kejayaan projek sistem maklumat bergantung kepada faktor-faktor manusia dan juga organisasi tersebut dari bermulanya proses projek sistem maklumat tersebut. Terdapat beberapa faktor kegagalan yang sering dialami oleh kebanyakan organisasi-organisai dan juga syarikat-syarikat di seluruh dunia. Pertama ialah pengurus-pengurus di sesebuah organisasi tersebut kurang memberi perhatian terhadap potensi projek sistem maklumat (IS) ataupun teknologi maklumat (IT). Menurut konsultan Avanade UK,

"A lack of understanding between IT and business departments was blamed in 51 per cent of failures, while 49 per cent cited technology selection as a factor." (Kelly, 2007)

Sesebuah organisasi tersebut boleh menerima impak yang besar dan positif sekiranya projek tersebut dijalankan secara sistematik dan dengan perancangan, penyelidikan dan juga penyeliaan yang teratur dan ketat. Sekiranya seseorang pengurus tersebut tidak ataupun kurang memberi perhatian yang sepenuhnya kepada projek IS/IT tersebut maka ia tidak akan dapat mencapai matlamat yang sepatutnya dicapai. Ini kerana projek tersebut tidak menerima sokongan yang sepenuhnya oleh pihak atasan organisasi tersebut.

Faktor yang seterusnya ialah melibatkan pengurus yang tidak mengurus projek ini secara teratur dan dengan melalui prosedur yang bersesuaian. Pengurus yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai teknologi akan mengakibatkan proses perlaksaan yang tidak teratur sepertimana yang telah dialami oleh NIKE. NIKE telah melakukan proses perlaksaan tersebut terlalu awal tanpa mengambil kira prosedur yang sepatutnya dilalui terlebih dahulu sebelum perlaksanaan pemasangan perisian i2 ke dalam sistem mereka.

Fasa perancangan ialah fasa yang pertama di dalam sesebuah projek tersebut. Perkara seperti apa yang perlu dibina perlu dijawab berdasarkan beberapa faktor utama yang menjadi fokus sesebuah organisasi tersebut. Selepas faktor tersebut telah dikenalpasti, proses dalam pengubahsuaian dan rangka kerja tidak seharusnya dilupakan. Ini kerana objektif utama organisasi yang membina sistem maklumat mereka ialah untuk membantu organisasi tersebut dalam proses perniagaan mereka. Projek IS gagal apabila proses pengubahsuaian dan rangka kerja yang sedia ada tidak diambil kira atauun difokus.

Sokongan daripada pihak pengurusan juga penting. Ini kerana apabila tidak ada sokongan dari pihak pengurusan mahupun atasan, projek ini akan gagal. Ini juga akan melambatkan lagi proses pembinaan sistem maklumat.

Faktor yang seterusnya ialah kegagalan manusia dan organisasi tersebut dalam menggunakan cara kerja yang effektif dan yang terbaik. Dalam sesuatu projek tersebut, para pekerja yang terlibat harus berusaha sepenuhnya dalam menentukan kejayaan projek IS.

Pada masa kini, industri perkhidmatan telah mengalami banyak perubahan. Begitu juga dengan sifat-sifat pengguna. Para pengguna kini lebih dinamik. Kepuasan perlu dicapai dan ini bermakna apabila mereka menggunakan sistem tersebut, mereka perlu berpuas hati dengan apa yang digunakan oleh mereka sendiri. Oleh yang demikian organisasi perlu memberi penglibatan pengguna yang aktif. Penglibatan pengguna perlu dijalankan sebaik sahaja projek itu bermula. Ini kerana syarikat perlu memastikan mereka tidak akan mengalami segala kerugian yang disebabkan oleh sistem yang tidak berfungsi ataupun tidak menepati citarasa dan mencapai matlamatnya yang sebenarnya. Gambarajah di bawah menunjukkan bahawa perbelanjaan sesuatu organisasi tersebut akan meningkat apabila setiap fasa telah dilakukan.

SYSTEM DEVELOPMENT LIFE CYCLE (SDLC) BAGI STRATEGI SISTEM MAKLUMAT

Organisasi kini kian bergantung kepada informasi bagi memastikan mereka sentiasa mempunya daya saing yang terbaik didalam dunia perniagaan dan ICT juga digunakan untuk mengurus jumlah informasi yang banyak bagi menentukan ketepatan informasi tersebut apabila ia diperlukan pada bila bila masa sahaja. Ini bergantung kepada penglibatan para pekerja di dalam sesuatu organisasi tersebut bagi menentukan ia berjaya.

Kita sering mendengar terdapat beberapa projek IS/IT yang gagal dan tidak menjalan secara lancar. Sistem yang sepatutnya dibina tidak memberikan hasil yang diharapkan. Terdapat banyak persoalan yang sering ditanya sebelum sesuatu projek itu dimulakan. Berikut adalah soalan yang lazim ditanya dan perlu dijawab sebelum sesuatu projek itu dimulakan.

В• Apakah sistem yang perlu dibina?

В• Bilakah sistem ini perlu dibina?

В• Siapakah yang akan membina sistem ini?

В• Bagaimanakah dan apakah proses yang perlu dalam pembinaan sistem ini?

В• Mengapakah penglibatan saya penting semasa projek ini dijalankan?

Soalan-soalan inilah yang menentukan kejayaan sesuatu projek IS/IT. Penglibatan para pekerja di dalam organisasi tersebut amat penting bagi projek ini kerana mereka adalah pengguna sistem tersebut apabila ianya dilaksanakan.

"The participation in the systems development process is vitally important because you are (or will be:" (Haag et al, 2000)

В• Pakar proses perniagaan (A business process expert)

В• Penghubung kepada pelanggan (A liaison to the customer)

В• Penganalisa kawalan kualiti (A quality control analyst)

В• Pengurus kepada orang lain (A manager of other people)

Persoalan yang seterusnya ialah apa, bila, siapa dan bagaimana di dalam pembinaan sistem tersebut perlu dijawab dengan teliti. Ini bagi mendapat gambaran yang jelas mengenai segala proses yang terlibat di dalam projek ini. Walaubagaimanapun, fokus hanya akan diberi kepada persoalan siapa dan bagaimana.

SIAPAKAH YANG HARUS MENGHASILKAN SISTEM TERSEBUT

Perkara ini berdasarkan kepada pihak yang bertanggungjawab dalam penghasilan sistem yang dikehendaki dalam setiap proses penghasilan tersebut. Terdapat tiga kategori pekerja yang bertanggungjawab di dalam projek penghasilan sistem maklumat iaitu:-

В• Pakar IT

В• "Knowledge Worker

В• Organisasi yang lain (Bagi tujuan "Outsourcing")

Pakar IT adalah mereka yang bertanggungjawab dalam menghasilkan sistem yang baru bagi sesuatu organisasi tersebut. Sekiranya organisasi tersebut ingin menggunakan pakar yang mereka sedia ada di dalam organisasi mereka, methodologi adalah dikenali sebagai "insourcing."

"Knowledge worker" pula adalah pengguna sistem maklumat. Mereka menggunakan aplikasi IT dalam menyelesaikan tugasan mereka. Sekiranya organisasi ini menggunakan "knowledge worker" dalam penghasilan sistem maklumat, maka methodologi ini dikenali sebagai "self-sourcing"

Akhir sekali adalah organisasi yang lain. Sesuatu organisasi itu akan bergantung kepada organisasi yang lain dalam penghasilan sistem maklumat. Dalam erti kata lain, organisasi tersebut menggunakan teknik "outsourcing" kerana tidak mempunyai pakar IT dan pengetahuan yang mendalam dalam penghasilan sistem maklumat dan juga perisian. Sepertimana yang berlaku di dalam kes NIKE, NIKE telah menggunakan khidmat i2 Technologies.Inc dalam menghasilkan perisian sistem "Supply Chain" dan sistem maklumat bagi kegunaan mereka kerana NIKE bukan sebuah syarikat yang memberi fokus kepada IS/IT.

BAGAIMANA SISTEM ITU DIHASILKAN

Perkara ini merujuk kepada cara ataupun methodologi yang boleh digunapakai oleh sesuatu organisasi tersebut dalam penghasilan sistem yang baru ataupun perisian yang baru. Terdapat beberapa alternatif bagi organisasi memilih cara yang terbaik dalam penghasilan sistem. Haag et al mencadangkan beberapa alternatif seperti yang dihuraikan di bawah:-

В• SDLC (System Development Life Cycle)

o Ini adalah cara ataupun methodologi yang mempunyai struktur dan fasa tersendiri. Di sini "knowledge worker" akan memberitahu kepada pakar IT mengenai apa yang dikehendaki sebelum projek itu dimulakan.

В• Prototyping

o Ini adalah proses membina model sistem tersebut bagi menentukan keperluan dan juga fungsi-fungsi sistem tersebut.

В• Pakej-pakej perisian applikasi

o Pakej perisian separa siap yang boleh digunapakai dan melakukan fungsi perniagaan secara otomatik seperti "payroll" dan kawalan stok.

В• Joint Application Development (JAD)

o Proses yang melibatkan kerjasama antara "knowledge worker" dan juga pakar IT bagi meningkatkan lagi keberkesanan dalam menyampaikan keperluan dan juga penyelesaian.

SDLC adalah proses yang mengambil cara "insourcing." NIKE boleh menggunakan cara ini dalam menghasilkan sistem mereka tersendiri. Akan tetapi di dalam kajian kes NIKE ini, organisasi ini telah mengambil cara "outsourcing." Proses "outsourcing" hamper sama dengan SDLC. Komponen-komponen SDLC diterangkan melalui gambarajah yang seterusnya.

Gambarajah: System Development Life Cycle SDLC.

Jadual: Fasa SDLC dan aktiviti yang terlibat di dalam setiap fasa.

Bagi proses "outsourcing", NIKE bergantung sepenuhnya kepada perlaksanaan, rekabentuk dan juga sokongan dari i2 Technologies. Inc. Langkah yang pertama sentiasa bermula dari perancangan.

PROSES OUTSOURCING

FASA PERTAMA

"SELECT A TARGET SYSTEM" В• Melakukan pengulasan kemunasabahan

В• Menilai sistem dicadangkan berdasarkan kos, masa dan kemunasabahan teknikal.

FASA KEDUA

"ESTABLISH LOGICAL REQUIREMENT" В• Menganalisa keperluan logical bagi sistem yang dicadangkan

FASA KETIGA

"DEVELOP A REQUEST FOR PROPOSAL" В• Menyampaikan maklumat kepada pengguna mengenai apa yang diharapkan.

В• Menulis dan menghantar RFP

В• RFP perlu mengandungi

o Kenyataan permasalahan

o Huraian mengenai sistem yang sedia ada

o Huraian mengenai sistem yang dicadangkan

o Pelan "Request for Support"

o Jangkamasa "Request for Development"

o Permintaan penyata bagi kos"outsourcing"

o Bagaimanakah RFP yang dikembalikan akan dinilai

o Tarikh akhir bagi pengembalian RFP

FASA KEEMPAT

"EVALUATE REQUEST FOR PROPOSAL RETURNS AND CHOOSE A VENDOR" В• Penilaian RFP yang dikembalikan berdasarkan methodologi penilaian yang digunapakai.

В• Mengatur kedudukan RFP berdasarkan kos, masa dan penilaian mekanisma yang telah dikenalpasti.

FASA KELIMA

"TEST AND ACCEPT SOLUTION" В• Ujian sistem berdasarkan criteria yang telah ditetapkan sama ada ia memenuhi objektif yang telah ditetapkan

В• Menerima sistem tersebut apabila objektif-objektif yang ditetapkan telah dicapai dan "signing off"

FASA KEENAM

"MONITOR AND REEVALUATE" В• Menyelia prestasi sistem tersebut.

В• Penilaian semula hubungan kerja dengan penjual

o Sama ada penjual itu memberi perkhidmatan penyelenggaran apabila diperlukan seperti yang disebut di dalam kontrak perjanjian.

o Adakah sistem tersebut dapat melakukan fungsi-fungsi yang sepatutnya?

o Adakah penjual memberi khidmat sokongan yang bersesuaian dan boleh diterima pakai apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini? (e,g. i2 tidak memberi sokongan yang sepatutnya diberi kepada NIKE)

o Adakah sistem tersebut masih lagi mencapai keperluan yang diperlukan dan berapakah kos dalam menaiktarafkan sistem tersebut?

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN "OUTSOURCING"

В• KEBAIKAN

o Dapat memberi fokus kepada kecepakan organisasi yang unik

В• NIKE akan dapat memberi fokus terhadap kecekapan mereka dan tidak perlu bimbang dalam membina sistem mereka sendiri.

o Mempergunakan kemahiran organisasi yang lain

В• NIKE akan dapat mempelajari serta menimba pengetahuan secara mendalam mengenai sistem maklumat dan teknologi

o Dapat meramal kos di masa hadapan dengan lebih baik lagi

В• NIKE dapat meramal kos mereka di masa hadapan dengan lebih baik lagi kerana harga perkhidmatan yang mereka sudah ditetapkan. Sekiranya NIKE ingin menghasilkan sistem mereka sendiri, kemungkinan besar mereka akan mengalami masalah dalam penghasilan sistem itu kerana mereka tidak mempunyai pakar dalam bidang itu dan ia akan memberi kesan kepada projek IS/IT tersebut dari segi kos dan masa.

o Mendapatkan teknologi yang terkini

В• "Outsourcing" membolehkan NIKE mendapatkan teknologi yang terkini tanpa mendapatkan pakar dalam bidang IT dan menghadapi risiki dengan memilih teknologi yang tidak sesuai bagi organisasi mereka.

o Pengurangan kos

В• Dapat membantu NIKE dalam mengurangkan kos perbelanjaan bagi projek IS/IT

o Peningkatan prestasi

В• Ini melibatkan pemberian kerja ataupun tugasan kepada organisasi yang lain berdasarkan tahap perkhidmatan yang dikehendaki oleh NIKE. NIKE boleh menggunakan tahap perkhidmatan ini sebagai faedah yang boleh menjamin mereka akan mendapat apa yang diingini dari pihak i2 Technologies.Inc

В• KEBURUKAN

o Mengurangkan pengetahuan teknikal bagi tujuan inovasi di masa akan datang

В• Ini bermaksud NIKE tidak mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam bidang ini di dalam organisasi mereka sendiri sekiranya mereka ingin mengubahsuai sistem tersebut tanpa mendapatkan bantuan organisasi yang lain.

o Pengurangan tahap kawalan

В• NIKE terpaksa melepaskan tahap kawalan yang ketat terhadap proses kerja dan juga fungsi-fungsi kerja mereka.

o Menambahkan kelemahan dalam memberi maklumat strategik

В• Melalui proses "outsourcing" ia akan melemahkan lagi NIKE kerana mereka perlu memberi segala maklumat kepada i2 Tehnologies agar sistem dan perisian tersebut dapat dihasilkan.

o Bergantung kepada organisasi yang lain

В• NIKE akan lebih bergantung kepada i2 Technologies kerana NIKE tidak mempunyai pakar tersendiri di dalam organisasi mereka.

CARA PENYELESAIAN BAGI MASALAH YANG DIHADAPI OLEH NIKE DAN STRATEGI SISTEM MAKLUMAT

NIKE mempunyai masalah ketika melaksanakan proses memasang perisian "supply chain planner" ke dalam sistem mereka. Ini telah menyebabkan NIKE mengalami kerugian yang besar dan memberi kesan yang negatif kepada jualan dan juga stok mereka.

"The software problem is closely tied to a core business process which is the factory orders" (Koch, 2004).

Dalam menyelesaikan masalah suatu rangka kerja yang dikenali sebagai "Earl's delineation of IS and IT Strategies boleh digunakan. Rangka kerja ini menerangkan proses yang perlu diambil oleh pihak NIKE sebelum memulakan sesuatu projek. Earl mencadangkan bahawa organisasi tersebut perlu memahami apa yang diingini oleh mereka. Selepas itu mereka perlu mengenalpasti infrastruktur yang perlu digunakan dan akhir sekali NIKE perlu tahu bagaimana projek ini boleh dilaksanakan. Segala fasa dan proses perlu dikenalpasti agar mereka dapat melihat gambaran yang jelas mengenai projek ini.

Gambarajah: Rangka kerja strategi Earl's delineation of IS dan IT

Terdapat juga beberapa cadangan apa yang perlu pihak NIKE perlu lakukan pada masa ia mengalami masalah tersebut. Antaranya ialah:-

В• Mulakan dengan fikiran yang terbuka

В• Mengenalpasti masalah yang sebenarnya dengan specific

В• Membuat jangkaan yang realistic dalam menyelesaikan projek tersebut

В• Memperakui semula faedah

В• Menentukan sama ada projek tersebut perlu diselesaikan ataupun diberhentikan

В• Membina insentif yang bermakna

В• Komunikasi

В• Perkembangan di dalam proses pengurusan projek

Apabila langkah-langkah di atas suda diambil, pihak NIKE kemungkinan akan mengetahui sama ada mereka perlu meneruskan projek mereka dan menggunakan khidmat i2 Technologies.Inc

PENUTUP

Konsultan Industri dan Penolong Professor Harvard Business School Andrew McAfee menyatakan bahawa apa yang NIKE dan i2 Technologies Inc alami sebenarnya bukan bermula dari masalah perisian itu sendiri. Andrew Mcfee menyatakan pendapatnya di dalam sebuah artikel

"here are the now-familiar cautionary tales, such as Nike's disastrous implementation of supply-chain software from i2 Technologies Inc. The culprit there was misspecification"

Spesifikasi yang kurang jelas menyebabkan sistem yang diharapkan oleh NIKE tidak memberikan mereka fungsi yang mereka perlukan. Sebaliknya ia mendatangkan kerugian kepada pihak NIKE. Di sini, dapat dilihat bahawa masalah komunikasi antara kedua organisasi tersebut merupakan punca utama kegagalan projek ini.

RUJUKAN

1. Haag, S., Cummings. M., & Dawkins. J. (2000). Management information system: For the Information Age. (2nd Ed). United States of America: McGraw Hill.

2. Skaistis, B. (2007). Try this before killing a problem IT project [Citing sources on the internet] [On-line]. Available WWW:

http://www.ism-journal.com/ITToday/Problem_IT_Project.htm [5/11/2007]

3. Ricadela, A. (2001). Quality is becoming more of a focal point as vendors and users alike crack down on buggy software [Citing sources on the internet] [On-line]. Available WWW:

http://www.informationweek.com/838/quality.htm [28/10/2007]

4. Kelly, N. (2007). High Failure Rate Hits IT Projects [Citing sources on the internet] [On-line]. Available WWW:

http://www.computing.co.uk/computing/news/2197021/failed-projects-hit-half-uk [5/11/2007]

5. Wilson, T. (n.d). Nike's pain shows hard B2B can be [Citing sources on the internet] [On-line]. Available WWW:

http://ww.ndsu.nodak.edu/ndsu/bklamm/BPandTC%20references/BP%20TC%20Wilson%202001%20Nikes%20pain.htm [28/10/2007]

6. Koch, C. (2004). NIKE Rebounds: How (and Why) recovered from its supply chain disaster [Citing sources on the internet] [On-line]. Available WWW:

http://www.cio.com/article/print/32334 [28/10/2007]

7. Cowley, S. (2003). Study: Why IT implementation go bad [Citing sources on the internet] [On-line]. Available WWW:

http://www.infoworld.com/articles/hn/xml/03/01/17/030117hnmcafee.html [4/111/2007]

8. McBride, S. (2004). Poor project management leads to high failure rate [Citing sources on the internet] [On-line]. Available WWW:

http://www.itworld.com/Man/3883/041015poor/pfindex.html [4/111/2007]



Get Better Grades Today

Join Essays24.com and get instant access to over 60,000+ Papers and Essays

closeLogin
Please enter your username and password
Username:
Password:
Forgot your password?