Essays24.com - Term Papers and Free Essays
Search

Ethics In Sex Trade

Essay by   •  April 3, 2011  •  1,006 Words (5 Pages)  •  1,231 Views

Essay Preview: Ethics In Sex Trade

Report this essay
Page 1 of 5

Secara realitinya, aktiviti pelacuran ini adalah salah di sisi undang-undang. Perniagaan ini adalah haram sepenuhnya. Tetapi, mengapakah ia masih dijalankan dan semakin berleluasa? Terdapat beberapa perspektif boleh dilihat untuk menerangkan ketaketikaan aktiviti pelacuran ini.

Dari segi etika, perniagaan pelacuran adalah tidak beretika. Kanak-kanak yang hanya berumur sembilan (9) tahun dipaksa untuk menjual diri demi mendapatkan wang untuk menyara diri dan juga keluarganya. Di manakah hak seseorang untuk hidup? Masa depan mangsa-mangsa pelacuran ini telah musnah sejak kecil lagi. Kong Bopha* yang hanya di umur remaja terpaksa bekerja untuk menanggung kehidupan ibu dan 3 adik-beradik. Dia bukan sahaja ditipu tetapi dijual ke tempat pelacuran oleh jiran yang sudah lama kenali. Demi keuntungan, jiran tersebut rela menipu Kong Bopha*yang hanya dalam lingkungan remaja. Jiran tersebut dikatakan tidak beretika.

Jika dilihat dari segi standard moral, aktiviti pelacuran adalah aktiviti yang boleh memberi kesan berpanjangan seperti ketidakseimbangan emosi bagi kanak-kanak. Demi mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan, ibubapa sanggup menjual anak mereka ke rumah pelacuran. Bagi ibubapa terutamanya negara India, menganggap anak perempuan adalah suatu liabiliti atau beban bagi mereka. Maka, mereka rela menjualnya kepada tempat pelacuran. Ini telah menjadi kebiasaan kepada mereka dan mungkin akan menjadi satu norma dalam negara mereka.

Menurut teori teleologikal, baik atau buruknya sesuatu tindakan dilihat pada hasil atau kesan akhir daripada tindakan tersebut dan bukannya kepada tindakan itu sendiri. Dari pandangan peniaga yang membuka rumah pelacuran, mereka menganggap peniagaan ini adalah tidak bersalah kerana pelacuran dianggap sesuatu yang biasa di negara mereka dan perniagaan ini amat menguntungkan bagi mereka. Bagi peniaga, keuntungan sahaja dipentingkan. Hak kanak-kanak telah diabaikan begitu sahaja. Dari pandangan ibubapa, mereka hanya ingin meneruskan kehidupan sendiri. Oleh itu, terpaksa menjual anak perempuan mereka ke tempat pelacuran. Kesan akhir setiap tindakan adalah ternyata hanya untuk kepentingan diri. Maka, ini adalah tidak beretika dari segi teori teleologikal.

Tetapi mengikut teori deontologikal, baik atau buruknya sesuatu tindakan dilihat pada tindakan tersebut dan bukannya hasil atau matlamat terakhirnya. Tindakan penjualan anak dan juga menjalankan perniagaan yang haram juga tidak beretika ini adalah buruk dan salah dalam teori deontologikal. Dari perspektif keagamaan, aktiviti pelacuran adalah ditentang sepenuhnya. Agama menentukan perniagaan pelacuran adalah salah dan tidak beretika. Walaubagaimanapun, bagi sesetangah kaum lelaki, is telah menjadi satu penerimaan di negara mereka. Mereka menganggap aktiviti ini adalah betul dan terima secara terbuka. Dari perspektif etika kemuliaan, persoalan utama yang dibincangkan dalam perspektif ini adalah "apakah kehidupan yang terbaik kepada manusia untuk hidup?" dan bukanlah tindakan secara universal. Maka, dalam perniagaan palacuran ini, kebanyakan lelaki Asia menganggap jika mengadakan hubungan persetubuhan dengan kanak-kanak yang masih muda dan dara, ia akan memberi tuah, kesihatan yang baik, hayat kehidupan lebih panjang dan paling utama adalah tidak dijangkiti HIV/AIDS. Bagi mereka ini mungkin adalah baik tetapi secara universalnya, tindakan ini ternyatanya amat mementingkan diri dan tidak beretika.

Dari segi konsep adil dan saksama, kita boleh melihat dengan nyata bahawa pemberian rasuah dilakukan secara berleluasa. Jurang yang luas dapat dilihat antara pembuat undang-undang dengan pelaku atau penguatkuasa undang-undang. Mahkamah dirasuahkan untuk menutup kes-kes pelacuran. Orang asing akan menberi rasuah sebanyak $10,000 dan orang tempatan akan memberi beberapa ratus sahaja untuk melepaskan diri. Bagi mangsa-mangsa pula, adalah tidak adil kerana mereka dibayar sedikit gaji untuk kerja yang banyak.

Dari segi hak pula, mangsa-mangsa telah hilang hak peribadi dan kehidupan yang lebih baik. Mereka tidak diberi hak untuk memilih kehidupan sendiri tetapi dipaksa untuk menjualkan tubuh demi kehidupan keluarga dan sendiri. Mereka juga hilang hak untuk meningkatkan tahap pembelajaran mereka sendiri. Disebabkan mereka dipaksa menjual diri sejak kecil lagi, mereka tidak diberi peluang untuk memajukan diri dan menjalani kehidupan yang lebih normal seperti kanak-kanak perempuan di negara yang lebih membangun.

3.0 CADANGAN

Perniagaan yang tidak beretika ini perlu diberi perhatian yang teliti untuk mengurangkan maksiat ini berterusan. Kerajaan di negara yang kurang membangun terutamanya negara Asia, harus bekerjasama dengan NGO untuk membanteras kegiatan yang tidak beretika di negara masing-masing. Bantuan dari NGO seperti pemberian nasihat atau kempen-kempen boleh diadakan untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat dan mengumpul sumbangan wang dan barang keperluan.

...

...

Download as:   txt (7.7 Kb)   pdf (104.4 Kb)   docx (11.3 Kb)  
Continue for 4 more pages »
Only available on Essays24.com