Essays24.com - Term Papers and Free Essays
Search

Nike Information System Case Studies

Essay by   •  May 27, 2011  •  2,587 Words (11 Pages)  •  5,824 Views

Essay Preview: Nike Information System Case Studies

Report this essay
Page 1 of 11

PENGENALAN

Berdasarkan statistic oleh konsultan Avanade yang berasal dari UK, 40 peratus organisasi di UK mengalami kegagalan di dalam projek sistem maklumat yang dijalankan oleh organisasi masing masing. Statistic ini diamil berdasarkan laporan dan data yang dirujuk dari tahun 2004 Ð'- 2006

"A hefty 40 per cent of businesses experienced project failure between 2004 and 2006" (Kelly, 2007).

Dalam tugasan ini, saya memilih syarikat NIKE.Inc yang mengalami masalah dengan perisian "supply chain planner" yang telah dihasilkan oleh i2 Technologies.Inc.

LATAR BELAKANG NIKE.Inc

NIKE bermula dengan nama Blue Ribbon Sports (BRS). Phil Knight iaitu seorang atlit olaraga dan juga jurulatihnya Bill Bowerman adalah pengasas NIKE yang berasal dari Universiti Oregon di Amerika Syarikat pada Januari 1964. Pada permulaan, BRS adalah pengedar kasut bagi pengeluar kasut dari Jepun bernama Onitsuka Tiger. Rekabentuk kasut yang pertama ialah berdasarkan kepada Bowerman's "Waffle"

BRS membuka kedai yang pertama di Pico Blvd di Santa Monica, California pada tahun 1971. BRS bersedia untuk melancarkan produk mereka tersendiri kerana mereka sedar bahawa kontrak BRS dengan Onitsuka Tiger sudah hamper di penghujungnya. Produk ini diberi nama "Swoosh"

Pada Februari 1972, BRS telah memperkenalkan produk kasut NIKE yang pertama. Nama NIKE dipetik melalui dewa wanita Greek. Pada tahun 1978, BRS. Inc menukar nama syarikat mereka kepada NIKE . Inc

NIKE telah mencapai jumlah pasaran 50% bagi pasaran kasut untuk kegunaan olaraga di Amerika Syarikat pada tahun 1980. Kejayaan dalam pertumbuhan organisasi ini bukan berdasarkan kepada iklan-iklan dan kempen-kempen melalui media akan tetapi ia berdasarkan kepada strategi pengiklanan secara word-of-foot." Ini bermaksud, proses pengiklanan tersebut dilakukan oleh pengguna yang memakai kasut tersebut di mana orang awam dapat melihat produk itu sendiri.

NIKE kini mempunya lebih dari 500 lokasi seluruh dunia dan pejabat di sebanyak 45 negara. Kebanyakkan kilang pengeluaran produk NIKE berada di negara-negara Asia seperti China, Taiwan, India, Thailan, Vietnam, Pakistan, Philippines, Sinan, Malaysia dan juga Repulik Korea.

KEGAGALAN PROJEK SISTEM MAKLUMAT NIKE.Inc

Pihak Nike.Inc mempersalahkan penjual aplikasi "supply chain planning" yang telah dihasilkan oleh i2 Technologies.Inc. Dalam kenyataan yang dibuat oleh pihak Nike, organisasi mereka telah mengeluarkan sejumlah kuantiti yang besar bagi kasut dan jumlah kuantiti yang kecil bagi produk yang lain. Applikasi tersebut tidak memberi fungsi yang diharapkan oleh pihak NIKE.

Pihak i2 Technologies. Inc pula menyalahkan pihak NIKE kerana tidak melaksanakan proses implementasi yang teratur dan sistematik. Ini kerana aplikasi tersebut perlu dimuatkan ke dalam sistem mereka pada masa yang bersesuain kerana aplikasi tersebut adalah sebahagian daripada projek SAP dan juga ERP. Pihak i2 Technologies. Inc juga menyatakan bahawa Nike.Inc masih mengunakan sistem mereka yang lama. Pengubahsuaian terhadap aplikasi tersebut perlu dibuat agar aplikasi tersebut dapat diintegrasikan dengan sistem Nike yang lama.

FAKTOR-FAKTOR KEGAGALAN DALAM PROJEK SISTEM MAKLUMAT

Projek sistem maklumat bukanlah suatu projek mudah untuk dilaksanakan. Keputusan kejayaan projek sistem maklumat bergantung kepada faktor-faktor manusia dan juga organisasi tersebut dari bermulanya proses projek sistem maklumat tersebut. Terdapat beberapa faktor kegagalan yang sering dialami oleh kebanyakan organisasi-organisai dan juga syarikat-syarikat di seluruh dunia. Pertama ialah pengurus-pengurus di sesebuah organisasi tersebut kurang memberi perhatian terhadap potensi projek sistem maklumat (IS) ataupun teknologi maklumat (IT). Menurut konsultan Avanade UK,

"A lack of understanding between IT and business departments was blamed in 51 per cent of failures, while 49 per cent cited technology selection as a factor." (Kelly, 2007)

Sesebuah organisasi tersebut boleh menerima impak yang besar dan positif sekiranya projek tersebut dijalankan secara sistematik dan dengan perancangan, penyelidikan dan juga penyeliaan yang teratur dan ketat. Sekiranya seseorang pengurus tersebut tidak ataupun kurang memberi perhatian yang sepenuhnya kepada projek IS/IT tersebut maka ia tidak akan dapat mencapai matlamat yang sepatutnya dicapai. Ini kerana projek tersebut tidak menerima sokongan yang sepenuhnya oleh pihak atasan organisasi tersebut.

Faktor yang seterusnya ialah melibatkan pengurus yang tidak mengurus projek ini secara teratur dan dengan melalui prosedur yang bersesuaian. Pengurus yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai teknologi akan mengakibatkan proses perlaksaan yang tidak teratur sepertimana yang telah dialami oleh NIKE. NIKE telah melakukan proses perlaksaan tersebut terlalu awal tanpa mengambil kira prosedur yang sepatutnya dilalui terlebih dahulu sebelum perlaksanaan pemasangan perisian i2 ke dalam sistem mereka.

Fasa perancangan ialah fasa yang pertama di dalam sesebuah projek tersebut. Perkara seperti apa yang perlu dibina perlu dijawab berdasarkan beberapa faktor utama yang menjadi fokus sesebuah organisasi tersebut. Selepas faktor tersebut telah dikenalpasti, proses dalam pengubahsuaian dan rangka kerja tidak seharusnya dilupakan. Ini kerana objektif utama organisasi yang membina sistem maklumat mereka ialah untuk membantu organisasi tersebut dalam proses perniagaan mereka. Projek IS gagal apabila proses pengubahsuaian dan rangka kerja yang sedia ada tidak diambil kira atauun difokus.

Sokongan daripada pihak pengurusan juga penting. Ini kerana apabila tidak ada sokongan dari pihak pengurusan mahupun atasan, projek ini akan gagal. Ini juga akan melambatkan lagi proses pembinaan sistem maklumat.

Faktor yang seterusnya ialah kegagalan manusia dan organisasi tersebut dalam menggunakan cara kerja yang effektif dan yang terbaik. Dalam sesuatu projek tersebut, para pekerja yang terlibat harus berusaha sepenuhnya dalam menentukan kejayaan projek IS.

Pada masa kini, industri perkhidmatan telah mengalami banyak perubahan. Begitu juga dengan sifat-sifat pengguna. Para pengguna kini lebih dinamik. Kepuasan perlu dicapai dan ini bermakna apabila mereka menggunakan sistem tersebut, mereka perlu berpuas hati dengan apa yang digunakan oleh mereka sendiri. Oleh yang demikian organisasi perlu memberi penglibatan pengguna yang aktif. Penglibatan pengguna perlu dijalankan sebaik sahaja projek itu bermula. Ini kerana syarikat perlu memastikan mereka tidak akan mengalami segala kerugian yang disebabkan oleh sistem yang tidak

...

...

Download as:   txt (20.3 Kb)   pdf (212.3 Kb)   docx (17.7 Kb)  
Continue for 10 more pages »
Only available on Essays24.com